Merasa Sombong Diri Binasa, Hanya Wali Yang Mengenal Wali

FOKUSATU-Pedang Allah tidak boleh tewas ditangan seorang hamba Allah. Tapi dia tewas dengan kehendak-Nya.

KISAH PANGLIMA PERANG YANG DIPECAT KERANA TIDAK PERNAH BERBUAT KESALAHAN

Pada zaman pemerintahan Khalifah Sayyidina Umar bin Khattab, ada seorang panglima perang yang disegani lawan dan dicintai kawan. Panglima perang yang tidak pernah kalah sepanjang kariernya memimpin tentera di medan perang. Baik pada saat beliau masih menjadi panglima Quraish, mahu pun setelah beliau masuk Islam dan menjadi panglima perang umat muslim. Beliau adalah Jenderal Khalid bin al-Walid.

Namanya harum dimana-mana. Semua orang memujinya dan memuliakannya. Ke mana beliau pergi selalu disambut dengan teriakan, “Hidup jenderal Khalid, hidup Jenderal, hidup Panglima Perang, hidup Pedang Allah yang Terhunus.” Ya! Beliau mendapat gelar langsung dari Rasulullah SAW yang menyebutnya sebagai “Pedang Allah yang Terhunus.”

Dalam suatu peperangan, beliau pernah mengalahkan pasukan tentara Byzantium dengan jumlah pasukan seramai 240,000 orang. Padahal pasukan muslim yang dipimpinnya saat itu hanya berjumlah 46,000 orang sahaja. Dengan kecerdikannya mengatur strategi, pertempuran itu boleh dimenangkannya dengan mudah. Pasukan musuh lari ketakutan.

Itulah Jenderal Khalid bin al-Walid, beliau bahkan tidak gentar sedikit pun menghadapi musuh yang jauh lebih ramai.

Ada satu kisah menarik dari Sayyidina Khalid bin al-Walid. Beliau memang sangat sempurna di bidangnya, ahli siasat perang, mahir segala senjata, hebat dalam berkuda, dan karismatik di tengah prajuritnya. Dia juga tidak sombong dan berlapang dada walaupun dia berada dalam puncak populariti.

Pada suatu ketika, di saat beliau sedang berada di barisan hadapan untuk memimpin peperangan, tiba-tiba datang seorang utusan dari Amirul mukminin Sayydina Umar bin Khattab mengirim sekeping surat. Di dalam surat tersebut tertulis pesanan ringkas, “Dengan ini saya nyatakan Jenderal Khalid bin al-Walid dipecat sebagai panglima perang. Segera menghadap!”

Menerima khabar tersebut tentu saja jenderal sangat gusar hingga tidak boleh tidur. Beliau terus-menerus memikirkan alasan pemecatannya. Kesalahan apa yang telah saya lakukan..? Kira-kira begitulah yang berkecamuk di dalam fikiran beliau kala itu.

Sebagai prajurit yang baik, taat pada orang atasan, beliau pun segera bersiap menghadap Khalifah Umar Bin Khatab. Sebelum berangkat, beliau menyerahkan jawatan komando perang kepada penggantinya.

Sesampai di depan Kallifah Umar beliau memberikan salam, “Assalamualaikum ya Amirul mukminin! Langsung saja! Saya menerima surat pemecatan. Apa betul saya dipecat. ?”

“Walaikumsalam warahmatullah! Betul (Sahabatku) Khalid!” Jawab Khalifah.

“Kalau masalah dipecat itu hak Anda sebagai pemimpin. Tapi, kalau boleh tahu, apa kesalahan saya..?”

“Kamu tidak punya kesalahan.”

“Kalau tidak punya kesalahan kenapa saya dipecat..? Apa saya tidak mampu menjadi panglima..?”

“Pada zaman ini kamu adalah panglima terbaik.”jawab Kalifah Umar

“Lalu kenapa saya dipecat..?” tanya Jenderal Khalid yang tidak boleh menahan rasa ingin tahunya.

Dengan tenang Khalifah Umar bin Khattab menjawab, “(Sahabatku)Khalid, Anda itu jenderal terbaik, panglima perang terhebat. Ratusan peperangan telah Anda pimpin, dan tidak pernah sekalipun Anda kalah. Setiap hari masyarakat dan prajurit selalu menyanjung Anda.

Tidak pernah saya mendengar orang memburuk-burukkan Anda. Tapi, ingat(Sahabatku) Khalid, Anda juga adalah manusia biasa. Terlalu banyak orang yang memuji yang mungkin akan timbul rasa sombong dalam hatimu.

Sedangkan Allah sangat membenci orang yang memiliki rasa sombong. Seberat debu rasa sombong di dalam hati maka neraka jahanamlah tempatmu. Kerana itu, maafkan aku wahai saudaraku, untuk menjagamu terpaksa saat ini Anda saya pecat. Supaya Anda tahu, jangankan di hadapan Allah, di depan Kalifah Umar saja Anda tidak boleh berbuat apa-apa!”

Mendengar jawapan itu, Jenderal Khalid terpegun, bergetar, dan goyah. Dan dengan segenap kekuatan yang ada, beliau langsung mendakap Khalifah Umar. Sambil menangis beliau berbisik, “Terima kasih wahai Khalifah. Engkau saudaraku!”

Bayangkan sahabat, jenderal mana yang berlaku mulia seperti itu..? Mengucapkan terima kasih setelah dipecat. Padahal beliau tidak berbuat kesalahan apa pun. Adakah ada jenderal yang mampu berlaku mulia seperti itu saat ini..?

Hebatnya lagi, setelah dipecat beliau balik lagi ke medan perang. Tapi, tidak lagi sebagai panglima perang. Beliau bertempur sebagai prajurit biasa, sebagai bawahan, dipimpin oleh mantan bawahannya yang lalu.

Beberapa orang prajurit merasa heran melihat mantan panglima yang gagah berani tersebut masih mau ikut ambil bahgian dalam peperangan. Padahal sudah dipecat. Lalu, ada di antara mereka yang bertanya, “Wahai Jenderal, mengapa Anda masih mahu berperang. ? Padahal Anda sudah dipecat..?”

Dengan tenang Sayyidina Khalid bin al-Walid menjawab, “Saya berperang bukan kerana jabatan, populariti dan bukan juga karena Khalifah Umar. Saya berperang semata-mata kerana mencari keridhaan Allah.”

Sebuah kisah yang sangat indah dari seorang jenderal, panglima perang, Pedang Allah yang Terhunus. Kita boleh mengambil banyak hikmah dari kisah ini. Betapa rendah hati sahabat Nabi yang mulia ini. Beliau penuh kemuliaan, punya jabatan, masyhur, dan tidak pernah berbuat kesalahan. Namun, ketika semua itu dicabut beliau sedikit pun tidak terpengaruh. Beliau tetap berbuat yang terbaik. Kerana memang tujuannya semata-mata hanya mencari keridhaan Allah SWT.

Semoga beliau dimuliakan di sisi Allah SWT, Aamiin.

Copas Imani Qayyum

*Poto :Topi perang Sayyidina Khalid bin Walid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

27 − = 23